BLOGGER TEMPLATES Memes

Riang

KAMU

ANDA

Dec 27, 2010

TA TAHU TAJUK

Haii..rini minah g jln2 dgn kwn2 minah.jumpa hampa best sgt2..rasa mcm nak ja balik ke zaman sekolah dulu.nak duduk kat bilik yg sama lg..rindu sgt..pegi pacific..kat sana,mula2 mkn..pas2 tgk wayang.sempat lg nk masuk tu tgkap gmbar,org jg tiket tu dok usha pelik ja.nasib sporting..heeeee.gmbr coming soon.sbb ta dak kat minah..erm,tgk cita janin..seram2 gak tp mcm ta seram.tah la.no komen.ok la cita dia.enjoy!!lps tgk wyg g lpk2,gosiping dkt food court.tp ta order mkn pon..gosip ja lebih.heeee..lam kul 5 da angkat punggung nk blah.tp smpat lg gosip.samapai umah da ta da mood..sedih pun ada..tah la..mcm2 ada..(mcm iklan asttro tu).betul org ckp,kita kalau cantik,pandai,baik,menda tu takkan kekal kalau kita ta pnh nk brsyukur atau hargai.begitulah yg trjadi kat minah.minah nk cita pon susa.minah asa skrg mcm minah da byk berubah.minah nak diri minah yg dulu.minah nk jd yg terbaik,tp bila minah cuba jd yg terbaik,ada ja benda yg menghalang.minah da penat.minah da ta kuat nk sabar dan tabah.kalau boleh minah nak sgt hidup dlm keadaan yg ta pnh serabut.minah skrg perangai da ta suka kongsi mslh dgn famili.tah la napa..biar minah susah sorg2.wlpun menda tu berat,tp minah cuba jgak pikul sorg2.ta la.nasib kita ta sama dgn org.tp disebalik nasib tu ada hikmah yg akan trjadi.minah perlukan seseorg teman dikala suka duka.tp minah selalu dpt teman dikala suka.mulai dr sekarang minah berazam nk jadi diri minah yg dulu.dan akan jd yg terbaik.minah ta nak kecewakan sapa2.cukuplah minah kecewa.sbb kekecewaan minah dpt diungkai satu persatu sbb minah yg arrange diri minah.k lah,minah da ta dak idea.bila tulis asyik nanges.minah nk out dulu.nak minta ketenangan.Dari DIA kita minta.amin....





MENGAPA ALLAH UJI KITA, DENGAN MENAHAN SEKETIKA KEHENDAK PERIBADI KITA?

Mungkin ini sebagai kaffarah dosa untuk diri kita.
Semua kita, tidak kiralah sama ada yang bergelar ustaz ustazah atau pun tidak, adalah berhadapan dengan risiko melakukan dosa. Ketebalan iman seseorang boleh dirobek dengan walau dengan sekelumit kealpaan. Beruntunglah bagi yang segera bertaubat dan berisghfar setelah melakukan dosa. Dalam pada itu, insaflah betapa luasnya rahmat Allah kepada kita, sehinggakan disediakan sebab dosa-dosa itu boleh diampunkan, iaitu dengan kaffarah melalui ujian dan penderitaan. Sabda nabi Muhammad SAW dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Tiadalah muslim yang ditimpa cubaan seperti sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah akan dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.
Tercatat dalam ketetapan Allah dan terbukti jua di dalam sejarah, bahawa keluarga yang baik biasanya akan menerima ujian yang besar.
Seolah-olah, ujian penderitaan adalah prasyaratnya. Kisah yang berlaku antara nabi Ibrahim, isterinya Hajar serta puteranya nabi Ismail telah melahirkan daripada keturunan mereka manusia yang hebat, yang terulung sekali ialah nabi Muhammad SAW.
Saya dan keluarga hanya diuji barangkali setengah tahun sahaja, di dalam dunia yang sudah dilengkapi dengan prasarana komunikasi yang hebat. Setiap malam, kita boleh sahaja berhubung melalui video conference. Semua ini masih belum wujud lagi semasa zaman nabi Ibrahim terpaksa meninggalkan Hajar dan Ismail di kota Bakkah yang kering kontang tanpa penghuni dan sumber alam. Bayangkan, betapa hibanya hati seorang ayah terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di tempat dan keadaan yang amat ekstrim. Akan tetapi, ketabahan serta kesabaran mengharungi ujian, melayakkan mereka semua mendapat inayah dan bantuan Allah. Ketabahan mereka berhadapan dengan ujian hebat, akhirnya melahirkan generasi yang hebat.
Siapa yang tidak sedih menerima ujian ini. Akan tetapi perlu dididik dan dilentur hati kita, bahawa ujian yang Allah beri sekarang ini hanyalah sedikit sahaja berbanding ujian orang lain.
Apalah sangat ujian hidup cinta antara benua ini, berbanding dengan mereka yang diuji dengan kehilangan insan tersayang. Apalah sangat ujian kita ini, berbanding ujian ibu, ayah dan anak-anak Palestin khususnya di Genting Gaza. Apalah sangat ujian kita ini, berbanding nasib ramai umat Islam yang menjadi mangsa diskriminasi diktator manusia di seluruh dunia. Sehinggakan terpisah tanpa khabar berita, berjumpa tidak pernah, bertemu berharap tak usah.
Sedih memanglah sedih. Akan tetapi buat apa perlu melayan kesedihan itu secara berlebihan. Sedangkan banyak lagi nikmat kesenangan (yang sepatutnya perlu dibaca sebagai ujian) berlegar di sekitar kita. Dalam masa yang sama, ramai lagi yang lebih menderita tetapi tabah di dalam diuji Allah.